Kesanggupan Berubah

· 0 comments

Kesanggupan dan kesungguhan berubah adalah sesuatu yang amat penting bagi kita sebagai manusia.perubahan yang dimaksudkan disini adalah perubahan kepada kebaikan tidak kira dalam konteks belajar, bekerja dan sebagainya. Kemampuan untuk berubah adalah bergantung kepada diri sendiri. Bergantung kepada berapa besarnya tekad hati kita untuk berubah. Untuk merubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaaan dalam perbuatan kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita terpaksa melawan nafsu keinginan. Kita pasti mengharapkan perubahan dari sesuatu yang lama menjadi sesuatu yang baru yang lebih baik dalam hidup kita . Kita harus sedar, untuk berubah tidak hanya akan terjadi dengan sekadar niat sahaja. Perbuatan merupakan peranan penting dalam merubah diri Seperti yang yang kta ketahui, kita mempunya 3 komponen yang teramat penting iaitu minda,jasmani dan rohani. 3 komponen utama ini tidak boleh dipisahkan dalam hidup kita walaupun sekadar untuk berjalan satu langkah. Seperti mana juga untuk merubah diri.3 komponen ini juga tidak boleh dipisahkan bagi membolehkan perubahan didalam diri kita dapat berlaku dengan baik.

Semua orang pasti mengharapkan supaya hidupnya makin hari semakin baik. Tetapi sedarkah kita selama ini bahawa sesuatu yang kita harapkan itu tidak semudah yang kita sangkakan. Perubahan memerlukan usaha dan tanpa usaha kita tidak mampu untuk merubah diri kita. Dalam proses perubahan semestinya akan memakan waktu yang tertentu kerana perubahan tidak akan berlaku dengan tiba-tiba. Sudah menjadi ketetapan bahawa sesuatu itu terjadi kerana telah ditetapkan oleh ALLAH. Walaubagaimanapun Allah tidak menyuruh kita pasrah nasib kita secara bulat-bulat. Harus ada usaha yang bersungguh-sunggup untuk mencapai sesuatu yang kita kejar-kejar selama ini dan asalkan kita tahu yang kita kejar itu adalah sesuatu yang baik insyaallah akan menambahkan lagi kemanisan dalam mengejar perubahan tersebut. Sesuatu yang baik kadang-kadang kita lihat seperti sesuatu yang terlalu sukar, tetapi percayalah pada diri bahawa sesuatu yang sukar itu ada kelebihan yang amat banyak berbanding dengan sesuatu yang kita dapat dengan senang. Sesuatu yang kita perolehi dengan bersusah payah akan kita hargai sepertimana kita hargai setitik air ketika dipadang pasir. Memang ada harga yang harus dibayar untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan terumanya yang bersifat baik.


Kesempurnaan mungkin tiada batasnya, tetapi menjadi lebih baik dan berguna adalah jauh lebih baik dari kesempurnaan itu sendiri kerana keempurnaan hanyalah MILIK ALLAH. Orang yang hendak berubah kepada kebaikan didalam hidupnya dijanjikan kebaikan oleh Allah, jadi kita tidak harus takut dan gentar untuk merubah diri menjadi lebih baik dari kita yang dulu. Perubahan perlulah dilakukan secara bertahap supaya kita mampu untuk melakukannya dengan baik.islam itu sendiri menyuruh kita melakukan sesua dengan bersederhana kerana dalam bersederhana insyaallah kita mampu mencapai kejayaan yang lebih baik.Perubahan sentisa ada setiap saat kerana perubahan akan mewarnai setiap gerak dan langkah untuk menjadi lebih baik dan kita tidak seharusnya cepat untuk mengaku kalah kerana seperti kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Perubahan adalah proses mengeluarkan apa yang ada didalam diri dibawa keluar dan bukannya dari luar dibawa masuk kerana setiap manusia mempunya pelbagai potensi yang luar biasa. Baik potensi dari segi perubahan minda, kehidupan dan sebagainya. Kuncinya adalah meningkatkan lagi potensi positif yang sudah ada didalam diri kita. Semoga kita sama-sama dapat merubah diri kita dari masa ke masa.

Bangkit

· 0 comments

Bangkit adalah satu kata yang perlu kita selalu ucapkan, bahkan kalau diperlukan teriakkan "BANGKIT" ketika kita mengalami kegagalan,putus asa,lemah semangat, patah hati dan lain-lain lagi.Bangkit adalah sebuah jawapan untuk sesuatu kegagalan, bukannya berhenti mencuba dan pasrah dengan sebulat-bulatnya.Kita mengalami kegagalan bukan untuk menjadi orang yang gagal, kecuali kita berhenti mencuba, berhenti melangkah dan menghapus mimpi indah kita. Kita gagal untuk belajar banyak hal dari kegagalan itu sendiri.Perlu diingat, tanpa kegagalan kita susah untuk menyelami dan muhasabah diri.dari kegagalan inilah sebenarnya kita dapat belajar banyak perkara..Sebagai contoh, Ramai jutawan yang lahir sebenarnya dari golongan yang berpendidikan rendah dan sederhana sahaja, tetapi mereka mampu membina sebuah perniagaan yang besar dan memberikan mereka peluang untuk menolong orang yang susah.dari mana mereka boleh berjaya? ya, sudah pasti jawapannya adalah dari bangkitnya dari kegagalan yang lepas.gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya..cari kelebihan kita dan jadikan kelebihan kita sebagai sesuatu yang mempu memberi kesan yang positif untuk hidup kita.Bangkit akan menjadi satu kata yang luar biasa jika kita selalu katakan pada diri kita dan kita harus bangun untuk bangkit dari kisah silam kita, jangan sesekali toleh kebelakang dan tetapkan pandangan kita dihadapan kita supaya perjalanan kita dapat disempurnakan dengan baik..Bangkit! Tidak hanya dari tidur, tidak hanya dari kehancuran, tapi untuk bangkit menjadi manusia yang luar biasa. Jadi, tidak ada lagi kata putus asa di dalam kamus hidup kita.selain dari itu, kita juga boleh belajar dari orang-orang yang telah berjaya yang talah menempuhimasa pahit mereka dan kita mabil pengalaman pahit meraka supaya pengalaman pahit itu tidak akan terjadi kepada diri kita..ini adalah satu tindakan yang bijak kerana disini kita telah mengurangkan risiko kegagalan.dimana-mana sahaja ada risiko asal kita berhati-hati insyaallah kita akan dapat menempuhinya dengan tenang.kita harus merenung kembali saatnya kejatuhan kita yang dulu.dari kejatuhan kita yang dulu itulah sebenarnya pntu kejayaan yang tidak pernah terbayang dek akal fikiran kita..kita boleh membuat pilihan samaada meratapi kegagalan kita atau bangkit dan mulakan perjuangan yang baru yang lebih bermakna dalam hidup kita.jadi, kita harus melihat bagaimana kita memandang sesebuah kegagalan samaada meratapi atau mengambil pelajaran dari kegagalan tersebut.setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmah.jadi jangan cepat berputus asa dan terus berusaha dengan lebih gigih lagi.kita masih dikurniakan kehidupan dan ini bermakna kita masih diberi pilihan.kita berhak bermimpi dan mewujudkan apa yang kita inginkan kerana kita adalah pengusahanya.kita tidak seharusnya padamkan api keinginan kita hanya semata-mata kerana kegagalan yang lepas,tidak hanya satu, dua ,tiga atau lebih lagi kegagalan kita.sebanyak manapun kegagalan kita, lebih banyak lagi pengalaman yang akan kita perolehi.Ramai lagi yang diuji cuba oleh Allah S.W.T dengan dugaan yang lebih berat, tatapi mereka tatap mampu, kenapa kita tidak? Yang harus kita lakukan sekarang adalah bangkit dari kegagalan, berusaha lebih keras dan bertawakal kepada Allah SWT.Ada dua pilihan pasti yang harus kita ambil, bangkit atau menyerah, dan menyerah adalah keputusan seorang pengecut.Satu-satunya kegagalan adalah kegagalan untuk mencuba. Mereka yang menyerah tidak akan pernah menang.

About this blog