Kesanggupan Berubah

·

Kesanggupan dan kesungguhan berubah adalah sesuatu yang amat penting bagi kita sebagai manusia.perubahan yang dimaksudkan disini adalah perubahan kepada kebaikan tidak kira dalam konteks belajar, bekerja dan sebagainya. Kemampuan untuk berubah adalah bergantung kepada diri sendiri. Bergantung kepada berapa besarnya tekad hati kita untuk berubah. Untuk merubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaaan dalam perbuatan kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana kita terpaksa melawan nafsu keinginan. Kita pasti mengharapkan perubahan dari sesuatu yang lama menjadi sesuatu yang baru yang lebih baik dalam hidup kita . Kita harus sedar, untuk berubah tidak hanya akan terjadi dengan sekadar niat sahaja. Perbuatan merupakan peranan penting dalam merubah diri Seperti yang yang kta ketahui, kita mempunya 3 komponen yang teramat penting iaitu minda,jasmani dan rohani. 3 komponen utama ini tidak boleh dipisahkan dalam hidup kita walaupun sekadar untuk berjalan satu langkah. Seperti mana juga untuk merubah diri.3 komponen ini juga tidak boleh dipisahkan bagi membolehkan perubahan didalam diri kita dapat berlaku dengan baik.

Semua orang pasti mengharapkan supaya hidupnya makin hari semakin baik. Tetapi sedarkah kita selama ini bahawa sesuatu yang kita harapkan itu tidak semudah yang kita sangkakan. Perubahan memerlukan usaha dan tanpa usaha kita tidak mampu untuk merubah diri kita. Dalam proses perubahan semestinya akan memakan waktu yang tertentu kerana perubahan tidak akan berlaku dengan tiba-tiba. Sudah menjadi ketetapan bahawa sesuatu itu terjadi kerana telah ditetapkan oleh ALLAH. Walaubagaimanapun Allah tidak menyuruh kita pasrah nasib kita secara bulat-bulat. Harus ada usaha yang bersungguh-sunggup untuk mencapai sesuatu yang kita kejar-kejar selama ini dan asalkan kita tahu yang kita kejar itu adalah sesuatu yang baik insyaallah akan menambahkan lagi kemanisan dalam mengejar perubahan tersebut. Sesuatu yang baik kadang-kadang kita lihat seperti sesuatu yang terlalu sukar, tetapi percayalah pada diri bahawa sesuatu yang sukar itu ada kelebihan yang amat banyak berbanding dengan sesuatu yang kita dapat dengan senang. Sesuatu yang kita perolehi dengan bersusah payah akan kita hargai sepertimana kita hargai setitik air ketika dipadang pasir. Memang ada harga yang harus dibayar untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan terumanya yang bersifat baik.


Kesempurnaan mungkin tiada batasnya, tetapi menjadi lebih baik dan berguna adalah jauh lebih baik dari kesempurnaan itu sendiri kerana keempurnaan hanyalah MILIK ALLAH. Orang yang hendak berubah kepada kebaikan didalam hidupnya dijanjikan kebaikan oleh Allah, jadi kita tidak harus takut dan gentar untuk merubah diri menjadi lebih baik dari kita yang dulu. Perubahan perlulah dilakukan secara bertahap supaya kita mampu untuk melakukannya dengan baik.islam itu sendiri menyuruh kita melakukan sesua dengan bersederhana kerana dalam bersederhana insyaallah kita mampu mencapai kejayaan yang lebih baik.Perubahan sentisa ada setiap saat kerana perubahan akan mewarnai setiap gerak dan langkah untuk menjadi lebih baik dan kita tidak seharusnya cepat untuk mengaku kalah kerana seperti kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Perubahan adalah proses mengeluarkan apa yang ada didalam diri dibawa keluar dan bukannya dari luar dibawa masuk kerana setiap manusia mempunya pelbagai potensi yang luar biasa. Baik potensi dari segi perubahan minda, kehidupan dan sebagainya. Kuncinya adalah meningkatkan lagi potensi positif yang sudah ada didalam diri kita. Semoga kita sama-sama dapat merubah diri kita dari masa ke masa.

0 comments:

About this blog